Friday 15 August 2014

Mahasiswa Dan Rezeki

Alhamdulilah, idea datang untui menulis semula setelah keputusan UPU keluar untuk pelajar STPM dan Matrikulasi  2014.Tahniah kepada yang berjaya ditawarkan ke universiti pilihan anda tetapi yang kurang bernasib baik itu, rezeki itu milik Allah, jangan pernah menyerah dan berputus asa sebelum kejayaan dan rezeki milik anda. Kerana saya percaya setiap manusia yang lahir ini mempunyai kejayaan masing2, yang mungkin mereka tidak tahu dan tidak faham di mana rezeki mereka. Tetapi percayalah, rezeki itu ada tapi jangan pernah terlintas untuk berputus asa.

Mahasiswa. Pelajar yang  menempuh alam Universiti. Saya suka teringat pesanan daripada seorang bekas mahasiswa UKM, mengatakan bahawa mahasiswa sekarang ini hanya berlagak berhidung besar. Ya, saya amat menyokong statement ini, tapi bukan semua mahasiswa yang begitu. Jangan salah anggap ye kawan-kawan. Sesetengahnya ye sahaja yang begitu dan tidak dapat nafikan.

"Pelajar masuk ke universiti mesti akan berjaya."
"Pelajar masuk Universiti pasti akan diberikan kerja."

EHHHH, dari mana ayat ini datang. Saya betul2 tidak memahami. Rezeki itu milik Allah bukan terletak tangan sesiapa pun untuk menentukan. Sebagai contoh, banyak graduan yang tidak dapat ditawarkan kerja kerana atas beberapa faktor .Jadi jangan pernah sesekali memandang RENDAH terhadap golongan yang tidak dapat ditawarkan untuk masuk ke Universiti. Jangan pernah. Itu cuma rezeki anda untuk terus berjihad di jalan ALLAH dengan cara study. Dan pendapat saya kejayaan itu bukan terletak pada golongan mahasiswa saja, orang yang tidak dapat ke Universiti pun LAYAK untuk berjaya.

SIAPA ANDA UNTUK MENGHUKUM ORANG KERANA HANYA SEBAB TIDAK TERPILIH KE UNIVERSITI. SIAPA? Anda ke yang menentukan kejayaan mereka? Anda ke yang menentukan rezeki mereka?

Alaaaaa...mereka tidak dapat sambung belajar, jadi pasti mereka tidak berjaya.. WHAT? Saya tidak suka orang berfikiran lapuk dan masih keanak-anakan. Jobs sebagai contoh walaupun tidak dapat meneruskan sebagai seorang mahasiswa, tapi dia tetap gigih ke hadapan. Itulah pelajar yang kita nak, bukanya mahasiswa yang berhidungkan besar.

Dapat masuk U, seolah-olah sudah x kenal kawan yang tidak bernasib baik ke U. Hanya bermuka sombong. Pandang muka pun x nak. Universiti dicipta bukan untuk orang yang berlagak study tetapi untuk melahirkan graduan yang berpotensi berkembang. Kalaulah sombong dan ego dengan diri masing2, saya percaya ramai graduan masih berada di kerusi dahulu.

Akhir Kalam, saya percaya orang yang tidak dapat melanjutkan pelajaran itu, boleh berjaya hanya dengan USAHA dan DOA. Dan saya percaya, mereka diberikan peluang kedua yang mungkin kita semua tidak mengetahuinya, Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Selamat berjuang dan berjihad tidak kira jalan mana yang anda ambil. Semoga berjaya, wahai pejuang Islam.