Friday 15 August 2014

Mahasiswa Dan Rezeki

Alhamdulilah, idea datang untui menulis semula setelah keputusan UPU keluar untuk pelajar STPM dan Matrikulasi  2014.Tahniah kepada yang berjaya ditawarkan ke universiti pilihan anda tetapi yang kurang bernasib baik itu, rezeki itu milik Allah, jangan pernah menyerah dan berputus asa sebelum kejayaan dan rezeki milik anda. Kerana saya percaya setiap manusia yang lahir ini mempunyai kejayaan masing2, yang mungkin mereka tidak tahu dan tidak faham di mana rezeki mereka. Tetapi percayalah, rezeki itu ada tapi jangan pernah terlintas untuk berputus asa.

Mahasiswa. Pelajar yang  menempuh alam Universiti. Saya suka teringat pesanan daripada seorang bekas mahasiswa UKM, mengatakan bahawa mahasiswa sekarang ini hanya berlagak berhidung besar. Ya, saya amat menyokong statement ini, tapi bukan semua mahasiswa yang begitu. Jangan salah anggap ye kawan-kawan. Sesetengahnya ye sahaja yang begitu dan tidak dapat nafikan.

"Pelajar masuk ke universiti mesti akan berjaya."
"Pelajar masuk Universiti pasti akan diberikan kerja."

EHHHH, dari mana ayat ini datang. Saya betul2 tidak memahami. Rezeki itu milik Allah bukan terletak tangan sesiapa pun untuk menentukan. Sebagai contoh, banyak graduan yang tidak dapat ditawarkan kerja kerana atas beberapa faktor .Jadi jangan pernah sesekali memandang RENDAH terhadap golongan yang tidak dapat ditawarkan untuk masuk ke Universiti. Jangan pernah. Itu cuma rezeki anda untuk terus berjihad di jalan ALLAH dengan cara study. Dan pendapat saya kejayaan itu bukan terletak pada golongan mahasiswa saja, orang yang tidak dapat ke Universiti pun LAYAK untuk berjaya.

SIAPA ANDA UNTUK MENGHUKUM ORANG KERANA HANYA SEBAB TIDAK TERPILIH KE UNIVERSITI. SIAPA? Anda ke yang menentukan kejayaan mereka? Anda ke yang menentukan rezeki mereka?

Alaaaaa...mereka tidak dapat sambung belajar, jadi pasti mereka tidak berjaya.. WHAT? Saya tidak suka orang berfikiran lapuk dan masih keanak-anakan. Jobs sebagai contoh walaupun tidak dapat meneruskan sebagai seorang mahasiswa, tapi dia tetap gigih ke hadapan. Itulah pelajar yang kita nak, bukanya mahasiswa yang berhidungkan besar.

Dapat masuk U, seolah-olah sudah x kenal kawan yang tidak bernasib baik ke U. Hanya bermuka sombong. Pandang muka pun x nak. Universiti dicipta bukan untuk orang yang berlagak study tetapi untuk melahirkan graduan yang berpotensi berkembang. Kalaulah sombong dan ego dengan diri masing2, saya percaya ramai graduan masih berada di kerusi dahulu.

Akhir Kalam, saya percaya orang yang tidak dapat melanjutkan pelajaran itu, boleh berjaya hanya dengan USAHA dan DOA. Dan saya percaya, mereka diberikan peluang kedua yang mungkin kita semua tidak mengetahuinya, Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Selamat berjuang dan berjihad tidak kira jalan mana yang anda ambil. Semoga berjaya, wahai pejuang Islam.  

Thursday 10 July 2014

BERSYUKURKAH KITA?

Bersyukurkah kita masih bernafas dalam perhitungan dunia yang cuma sementara? Bersyukurkah kita masih mampu berjalan di bumi Allah yang penuh kesyukuran? Bersyukurkah kita masih mampu untuk bertaubat daripada dosa semalam? Bersyukurkah kita dengan setiap rezeki Allah sama ada secara sedar ataupun tidak? Bersyukurkah kita masih berada di samping orang yang tersayang setiap masa? Bersyukurkah kita masih aman bukan seperti di Gaza dan Palestin? Bersyukurkah kita dengan setiap detik yang Allah beri untuk bertaubat?

Syukur. Tapi nanti jelah.

Kalau bukan sekarang, bila? Tunggu esok yang belum pasti hadir. Belum pasti. Ya, Belum pasti adakah kita bangun dari tidur semalam. Belum pasti adakah masa kematian kita akan hadir. Belum pasti adakah amalan kita akan diberhentikan. Belum pasti adakah syurga menanti kita ataupun neraka menelan jasad kita. Jadi, tunggu apa? Tunggu apa yang pasti!

Dan apa yang pasti. Yang paling pasti, setiap yang hidup akan MATI. Ya, itu yang pasti.

Takut? Gentar? 
Kenapa kata nanti?

Tidak cukupkah dengan sekadar mengucap ALHAMDULILAH kerana masih berdiri megah bertasbih kepadaNya. kerana masih bernyawa untuk bertaubat dari hari semalam. kerana masih mampu untuk memeluk keluarga tercinta. Masih mampu. Masih mampu mengucap kebesaran Ilahi. 

Ucaplah sekarang. Bukan sesaat nanti. Bukan.

Bersyukurlah dan pijak di bumi yang nyata.
Bukalah mata.
Bukalah minda.
Sesungguhnya terdapat tanda-tanda kekuasaan di sekeliling anda.


Sunday 6 July 2014

Pencetak Budaya Kpop

Assamualaikum w.b.t,
Sudah lama agaknya saya tidak menulis. Terasa ringan tangan untuk tulis dalam skop budaya kita yang makin 'tercemar'.
Sudah menjadi kebiasaan anak muda malaysia memulakan percakapan dengan 'annaseoyo'. Adakah ini menjadi trend terkini?Ataupun saya yang ketinggalan masa dek budaya mereka menyerang? Adakah mereka lebih gemar berkata 'annaseoyo' berbanding assamualaikum yang mempunyai maksud sangat mendalam, iaitu selamat sejahtera ke atas kamu. Tidak cukupkah dengan tarian dan budaya yang sudah menjadi virus dalam budaya kita. Kini percakapan dan segala pertuturan ingin juga ditiru.
 
        Pencetak budaya. Ya, itulah tajuk yang sesuai untuk ruangan kali ini. Memang tidak sangsi, budaya kpop menjadi trend masa kini. Dan itu bukan persoalannya. Persoalannya, masihkah kita tidak perasan dengan budaya yang bercampur bauh. Ya, saya tidak menolak saya juga suka akan k-pop. Girls Generation, Running man  dan sebagainya. Tapi anda tidak boleh mencetak bulat budaya mereka serap dalam budaya yang patut diwarisi. Cuba bayangkan, jikalau anak muda sekarang suka akan budaya mereka, tidakkah budaya kita akan ditelan pupus seperti Orang Utan. Mana perginya budaya silat menyilat, budaya sopan dan budaya islam yang sememangnya kontrakdasi dengan budaya korea. Sedarlah wahai kawan sekalian. Berhenti dengan fesyen yang hanya menjadi buah mulut penduduk tempatan.

          Jika difikirkan, mereka kacak, tinggi dan bergaya.Mungkin itu salah satu penarik budaya tersebut. Tapi itu dilakukan dengan hasil pembedahan yang ada diantara mereka. Tidak hairanlah lelaki Malaysia kurang laku dek budaya ini. Hentikan penyebaran angin yang boleh mendatangkan 1001 musibah. Ingin saya membawa satu pemikiran logik, agaknya kalau kita mengamalkan budaya mereka, apa agaknya ganjaran yang kita dapat? "NOTHING". Sebaliknya hanya keretakan budaya kita. Tetapi merekalah yang paling beruntung kerana dapat menaja makanan di samping peminat mereka.

  Bukalah mata wahai pembimbing negara satu hari nanti Bersyukur dan hargailah. Bukankah Allah menyukai orang yang bersyukur dan bersabar. Kesimpulannya, kenapa perlu melihat budaya mereka yang banyak negatifnya berbanding positifnya, seperti bersekedudukan antara bukan mahram, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak kurang membenarkan anak-anak kecil menonton adegan lucah seperi cium. Malu untuk saya tulis tapi terimalah hakikat bahawa budaya kita diambang kepupusan. Persoalannya bermain di kepala saya, Sudahkah anda bersedia meilhat perubahan generasi Y kini yang akan memerintah negara stau hari nanti? Adakah ia manjadi satu negara yang disegani dengan budayanya dan nilai murninya ataupun menjadi satu negara yang yang menjadi PENCETAK BUDAYA.