Thursday, 10 July 2014

BERSYUKURKAH KITA?

Bersyukurkah kita masih bernafas dalam perhitungan dunia yang cuma sementara? Bersyukurkah kita masih mampu berjalan di bumi Allah yang penuh kesyukuran? Bersyukurkah kita masih mampu untuk bertaubat daripada dosa semalam? Bersyukurkah kita dengan setiap rezeki Allah sama ada secara sedar ataupun tidak? Bersyukurkah kita masih berada di samping orang yang tersayang setiap masa? Bersyukurkah kita masih aman bukan seperti di Gaza dan Palestin? Bersyukurkah kita dengan setiap detik yang Allah beri untuk bertaubat?

Syukur. Tapi nanti jelah.

Kalau bukan sekarang, bila? Tunggu esok yang belum pasti hadir. Belum pasti. Ya, Belum pasti adakah kita bangun dari tidur semalam. Belum pasti adakah masa kematian kita akan hadir. Belum pasti adakah amalan kita akan diberhentikan. Belum pasti adakah syurga menanti kita ataupun neraka menelan jasad kita. Jadi, tunggu apa? Tunggu apa yang pasti!

Dan apa yang pasti. Yang paling pasti, setiap yang hidup akan MATI. Ya, itu yang pasti.

Takut? Gentar? 
Kenapa kata nanti?

Tidak cukupkah dengan sekadar mengucap ALHAMDULILAH kerana masih berdiri megah bertasbih kepadaNya. kerana masih bernyawa untuk bertaubat dari hari semalam. kerana masih mampu untuk memeluk keluarga tercinta. Masih mampu. Masih mampu mengucap kebesaran Ilahi. 

Ucaplah sekarang. Bukan sesaat nanti. Bukan.

Bersyukurlah dan pijak di bumi yang nyata.
Bukalah mata.
Bukalah minda.
Sesungguhnya terdapat tanda-tanda kekuasaan di sekeliling anda.


No comments:

Post a Comment